Kargo pukal cerai
Kargo pukal cerai

Kargo pukal cerai

Kargo pukal cerai atau kargo am (Bahasa Inggeris: break bulk) ialah istilah yang merujuk kepada pelbagai variasi barangan yang mesti dimuatkan berasingan, tidak menggunakan kontena, dan tidak dimuatkan secara pukal seperti minyak dan bijian. Kapal yang digunakan untuk membawa kargo jenis ini dipanggil kapal kargo am. Kargo ini dimuatkan samada di dalam beg, bekas, tong, dibandelakan, atau dimuatkan di atas palet. [1]Pukal cerai ialah bentuk kargo yang biasa digunakan dalam sejarah dunia perkapalan sebelum pengkontenaan diperkenalkan pada tahun 1960-an. Pemindahan kargo dari atau ke dalam kapal menggunakan kontena adalah lebih pantas dan efisyen. Selain itu, ia juga dapat mengelakkan masalah kecurian dan kerosakan seperti yang kerap berlaku kepada kargo pukal cerai. Ini menyebabkan penggunaan teknik pukal cerai semakin berkurangan.